Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dia (Trần Tâm) lebih jahat daripada mana-mana kejahatan yang dapat saya fikirkan – mengambil wang drpd orang. Itu betul-betul bertentangan dengan apa yang saya lakukan. Dia sentiasa minta derma, kemudian mengambil derma untuk beli kereta, jam tangan dan rumah besar serta merogol kanak-kanak. Pernah anda dengar saya ajarkan apa-apa seperti itu? Tidak, dah tentu tidak. Tidak satu pun daripada biksu kami yang akan buat begitu. Tetapi dia merampas kedudukan salah seorang biksu saya tanpa saya mengetahuinya, tanpa orang lain menyedarinya dan mulakan perbuatan jahatnya macam itu.Selepas dia mati, walaupun dia separuh syaitan, separuh manusia, dia takkan dibenarkan untuk keluar dari neraka abadi. Dia tidak bertaubat pun, masih cuba menjerat orang melalui internet. Dengan segala belas kasihan saya pun, saya tak boleh biarkan dia keluar dan memudaratkan orang lain, orang tak berdosa yang tidak tahu akan Kaedah Quan Yin atau ajaran, digodanya dan berikan segalanya yang mereka ada kepada dia. Ya Tuhan! Sesetengah orang Âu Lạc (Vietnam) tak begitu kaya tetapi dia menyumpah mereka. Dia mengugut mereka supaya mereka berikan segalanya kepada dia. Itu bukan ajaran saya. Meskipun saya pinjam satu dolar daripada anda, saya sentiasa pulangkan dengan hadiah jika saya terdesak atau perlukannya di jalanan atau dalam situasi saya tidak bawa wang bersama saya.Dia bukan satu-satunya orang. Ada beberapanya yang lebih kecil. Seorang wanita muda pun keluar, memakai baju panas dan menggelar diri sebagai guru spiritual ini, guru spiritual itu. Ya Tuhan, tidakkah anda rasa malu? Anda tak rasa malu ke? Oh! Tak apa, saya akan biar neraka uruskan semua orang jahat ini. Saya tiada banyak masa. Meskipun saya nak uruskan berita palsu dan ajaran palsu, saya perlukan banyak masa, ya Tuhan.Apa yang kita katakan tadi? Mengapa dan bagaimana kita bermeditasi selama 11 jam setengah. Hanya anda, orang yang ikhlas, orang yang telah saya beri inisiasi, bukan oleh Rumaji lain atau apa-apa saja yang palsu. Memang, dia menghisap darah orang kerana wang dan harta benda orang ialah darah mereka juga. Mereka perlukannya untuk terus hidup tetapi dia sampai hati untuk merompak mereka, orang yang lemah. Hati saya rasai penderitaan yang tiada penghujungnya untuk mereka tetapi itu saja. Mereka perlu tahu. Kami ada Supreme Master Television dan beritahu segala-galanya. Jika mereka tidak percayai saya, maka apa yang boleh saya buat?Sekarang, orang-orang ini, Trần Tâm pun, juga dikenali sebagai Rumaji, dia sendiri, meskipun bermeditasi selama 100,000 tahun, tetap sama saja. Dia hanyalah syaitan. Jadi hanya bagi anda ini akan berkesan kerana saya akan sentiasa menyokong anda dengan Kuasa Rahmat Tuhan untuk menampung anda, menyokong anda, mengasihi anda, beri galakan kepada anda di dalam. Di luar, mungkin kadangkala kita tak faham, tak dengar, tetapi di dalam, kita berhubungan dengan keturunan spiritual. Jadi saya sentiasa dapat bantu anda, jangan risau, tidak kira apa nama saya atau situasi saya. Gelaran saya mungkin berubah kerana itu Asal saya dan saya terus menaik semakin tinggi ke Asal, jadi gelaran saya mungkin berubah di sana sini. Saya telah beritahu anda bbrp gelaran sebelumnya, bukan hanya Mahaguru, tetapi tak mengapa, itu Orang yang sama. Saya hanya menjadi lebih baik, lebih berkuasa untuk membantu anda, membantu dunia yang menyusahkan ini pada masa ini.Saya memang harap dunia akan bantu saya dengan tidak menjadi buruk. Itu saja. Mereka boleh bantu saya dengan tidak membunuh diri kerana karma bunuh makhluk lain akan menimpa mereka. Itu saja. Hanya jadi vegan, bertaubat kpd Tuhan. Saya tidak mahukan apa pun daripada mereka. Saya tidak kenali sesiapa pun, maksud saya secara peribadi. Saya cuma tak sampai hati untuk biarkan planet ini binasa dan dimusnahkan hanya untuk dijadikan tempat tinggal syaitan, hantu, iblis, maya dan segalanya yang buruk dan kotor, dahagakan darah ini. Saya tak sampai hati untuk buat begitu, jadi saya akan berjuang hingga nafasterakhir saya. Anda bermeditasi untuk diri sendiri dan orang tersayang. Itulah. Dah tentu, kerana anda lebih berkuasa jika anda lebih banyak bermeditasi. Di mana-mana pun anda, berkat anda, tenaga positif anda akan tersebar secara automatik. Orang di sekeliling anda, rakyat negara itu, jika lebih banyak anak murid, dah tentu, akan mendapat manfaat. Tiada apa-apa yang dapat merampas itu. Jadi saya sangat kasihi anda, orang yang bantu saya secara langsung untuk mengerjakan Supreme Master Television. Saya harap ia berterusan selama-lamanya.O ya! Satu lagi berita. Saya terlupa beritahu anda bahawa salah seorang saudara kami, kumpulan 40-kuadrilion, mereka telah membangunkan, mencipta cara yang sangat baik untuk menyebarkan berkat oleh Supreme Master Television. Sebelumnya kami ada Supreme Master TV Max. Apabila mereka kata 5 juta atau 500,000 juta dan sebagainya, berjuta-juta dan berbilion-bilion, kuadrilion kali SMTV (Supreme Master TV) kami, maka kami rasa itu dah banyak berkat yang keluar kerana Max sentiasa memaksimumkannya, semakin meningkat... Sekarang mereka buatnya macam tak terhad – hampir tak terhad. Tetapi kita tak dapat kira pun dengan pengiraan di dunia ini berapa besar mereka telah buatnya, berapa jauh dan luas, berapa lebih berkuasa dengan sistem Max yang sama ini.Saya akan minta Supreme Master TV atau anda sekarang, kakitangan dalaman, supaya buatnya senang bagi orang memahami sistem ini. Mereka harus beli lebih banyak telefon yang tidak digunakan, telefon lama, tablet lama, apa-apa saja. Lagi banyak lagi baik. Sebarkannya di mana-mana saja, di garaj anda, di taman anda, di dalam kereta anda, di dalam bas, di tempat kerja anda, secara diam-diam, dah tentu. Di mana-mana saja! Lagi banyak lagi baik. Kerana sekarang kuasa berkat tersebar dengan banyak sekali, hampir macam tak terhad. Jadi anda gunakan itu untuk memperkukuh kuasa positif di dunia ini bagi membantu saya selamatkannya, selamatkan orang.Tetapi saya beri amaran kepada anda, selepas dunia telah diselamatkan pun tetapi jika anda bukan vegan, anda tetap akan diheret keluar dengan sebab-sebab yang berlainan. Sama ada anda akan mati tanpa diduga atau anak anda akan alami mudarat. Apa-apa pun boleh berlaku kepada anda. Jangan menyalahkan saya tidak memberitahu anda. Saya perlu beritahu anda supaya anda tahu dan pilihan adalah dlm tangan anda. Kehidupan anda, kehidupan keluarga anda, kawan anda, saudara-mara anda, perniagaan anda, rumah anda, kekayaan anda, kebahagiaan anda, kesihatan anda, kesejahteraan anda, perkahwinan anda, apa-apa saja milik anda – anda memutuskan.Saya tak dapat memutuskan untuk anda. Saya tak dapat. Tuhan pun tak dapat kerana anda ada kemahuan bebas untuk memutuskan bagaimana anda nak mengalami perjalanan anda di Bumi, di planet fizikal. Maklumlah, banyak orang gagal, gagal dan gagal – gagal teruk. Semuanya akhirnya berada di neraka dan menjadi hamba maya atau menjadi mangsa mereka, dipukul, dipotong menjadi potongan, dibakar dalam api besar, dicampak ke dalam kuali besar berisi minyak didih dll, dipotong dengan jenis-jenis alat yang berlainan tetapi anda tak boleh mati pun. Meskipun anda hanya mati untuk sekelip mata saja, anda hidup semula, diseksa lagi.Saya beritahu anda semua ini supaya anda tahu dan membuat keputusan untuk hidup anda dan sesiapa saja yang anda sayangi agar anda bantu mereka cari ketenangan dan kesejahteraan. Meskipun anda memilih untuk tidak pulang ke Rumah, kekal berada di planet ini, kemudian anda akan ada anak, cucu-cicit, jadi anda perlu buat keputusan untuk mereka juga kerana mereka masih kecil. Mereka tak tahu.Sesiapa yang tak tahu akan Supreme Master TV, sesiapa yang boleh, tolong beritahu orang lain. Cetak kad dan berikan kepada orang secara percuma. Ke mana-mana pun anda pergi, dalam perjalanan ke tempat kerja, di pasar raya, di perpustakaan, berjalan-jalan bersama orang-anjing, segala-galanya, di restoran, di mana-mana saja untuk memastikan orang boleh gunakannya, kemudian ia akan bersihkan mereka juga. Segalanya baik untuk semua orang.Baiklah. Saya sangat kasihi anda. Jika anda ada apa-apa, lebih byk kesusahan, tulislah kpd saya, kakitangan dalaman saya, orang baik, dan pasukan kerja jauh juga. Saya kasihi anda semua dan amat berterima kasih kepada anda. Saya bangga dengan anda. Semoga Tuhan sangat banyak berkati anda. Saya kasihi anda. Kami Tiga Yang Berkuasa kasihi anda. Selamat tinggal. Semoga anda diberkati.Photo Caption: Alam Semula Jadi yang Menyegarkan adalah Baik untuk Didekati!